DRAF PELAN TINDAKAN MAJLIS KESELAMATAN AKTIVITI AIR (MKAA) 2016-2020

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Sepertimana YBhg. Datuk/Dato'/ Tuan/ Puan sedia maklum, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) yang dibentangkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 6 Januari 2016. Antara fungsi utama penubuhan Majlis ini adalah untuk menyelaras dan menyatupadukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan keselamatan air dan mengurangkan insiden atau kemalangan di air. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk memberikan maklumbalas berkenaan Draf Pelan Tindakan Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) 2016-2020 melalui Sistem OPE KPKT ini. Semua pihak digalakkan untuk menyumbang idea dan pandangan mengenai isu ini bagi memastikan Pelan Tindakan yang dirancang akan menjadi satu pelan yang komprehensif yang merangkumi semua aspek keselamatan air. Pautan kepada draf tersebut boleh didapati di https://drive.google.com/file/d/0B_qMAvurQfL5TTZWSVJ3cHMxNG8/view?usp=sharing Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (NOR AZHAN BINTI AHMAD) Penolong Setiausaha Kanan (DI1) 2 Bahagian Dasar dan Inspektorat Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 03-8891 5539 03-8891 3191 nor.azhan@kpkt.gov.my


Lampiran

  1. DRAF PELAN TINDAKAN MAJLIS KESELAMATAN AKTIVITI AIR (MKAA) 2016-2020

Comments

  • Sharizal bin Yusoff - 2021-03-03 16:38:44
    "
    "