ePenyertaan merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan budaya dan amalan penglibatan orang awam untuk meningkatkan ketelusan dan mutu perkhidmatan kementerian. Kerjasama antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menjayakan polisi ePenyertaan ialah dengan menyediakan portal ePenyertaan yang dijenamakan semula sebagai eSeranta KPKT. Platform ini bertujuan untuk memudahkan orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas bagi setiap polisi yang digubal di peringkat Kementerian.

Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan adalah penting dalam setiap proses penggubalan akta, dasar dan garis panduan di peringkat Kementerian bagi menunjukkan komitmen KPKT dalam menyokong Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice) yang mengamalkan konsep akauntabiliti (accountability), ketelusan (transparency) dan keterangkuman (inclusivity).

Pekeliling yang dirujuk adalah Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021 : Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (National Policy on Good Regulatory Practice - NPGRP). NPGRP turut menggariskan penggunaan rundingan secara dalam talian untuk meningkatkan ketelusan, keterangkuman dan kelancaran proses konsultasi.

 

  • Objektif eSeranta:
  • Memberi ruang dan galakan kepada orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas bagi semua draf cadangan baharu atau pindaan dasar di bawah seliaan KPKT secara dalam talian;
  • Menyokong elemen consultation dalam kajian Regulatory Impact Analysis (RIA) dan Amalan Baik Peraturan (GRP); dan
  • Mendokong inisiatif ‘agile regulation’ yang bersifat tangkas dalam pindaan akta bersesuaian dengan keperluan semasa.
   
  • Outcome eSeranta:
  • Meningkatkan ketelusan dan mutu perkhidmatan awam melalui;
  • mempertimbangkan perspektif lain dan menambah sumber maklumat yang lebih luas; dan
  • Membantu membuat keputusan berdasarkan maklumat yang terperinci.