• Latar Belakang Amalan Baik Peraturan (GRP)

Amalan Baik Peraturan (GRP) merupakan mekanisme utama dalam memastikan penggubalan peraturan (akta, dasar, garis panduan, peraturan kecil dll) untuk meningkatkan kualiti peraturan dan meminimumkan kesan peraturan yang kurang berkesan terhadapa ekonomi dan operasi perniagaan.



  • Pencapaian KPKT bagi Pelaksanaan Amalan Baik Peraturan (GRP)

KPKT telah memenangi Anugerah Kementerian Aktif Melaksanakan GRP pada Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan (GRP) yang telah diadakan pada 25 November 2021 secara atas talian.

Puan Saziani binti Raziyo selaku penyelaras Kementerian telah memenangi Anugerah Penyelaras Peraturan Aktif Peringkat Kementerian dan Agensi di persidangan tersebut.