Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Hari Terbuka Makmal Pengurusan Sisa Pepejal (Lab Open Day) pada 25 Februari 2016 di Cititel MidValley, Kuala Lumpur. Hari terbuka ini adalah lanjutan daripada Makmal Pengurusan Sisa Pepejal yang telah diadakan pada 27 Mei sehingga 17 Jun 2015. Ia diadakan bertujuan membentangkan dan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung dapatan makmal mengenai inisiatif-inisiatif berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Sehubungan itu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara amat mengalu-alukan maklum balas daripada pihak berkepentingan serta orang ramai bagi menambahbaik pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Terima kasih.