Deraf Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang di Kawasan PBT

Kolam renang adalah suatu takungan yang dibina untuk diisi dengan air dan digunakan untuk berenang, sukan atau aktiviti air yang lain. Kebanyakan kolam renang awam diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kolam renang komersial dikendalikan oleh pemilik bangunan atau premis perniagaan tersebut. Isu keselamatan dan kesihatan pengguna di kolam renang sering menjadi tajuk utama di media masa dengan persepsi bahawa kualiti air kolam renang dan keselamatan pengguna tidak dikawal oleh mana-mana pihak atau kementerian. Susulan dengan itu, garis panduan ini disediakan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan untuk membantu pihak PBT dan mana-mana pihak yang berkenaan berhubung aspek pengurusan kolam renang bagi mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan awam. Segala keperluan bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan kesihatan harus diutamakan dan disediakan pada peringkat perancangan dan rekabentuk awal sesuatu kemudahan kolam renang dengan menggunapakai garis panduan ini. Sehubungan dengan itu, Jabatan Kerajaan Tempatan amat mengalu-alukan maklumbalas daripada pihak berkepentingan serta orang ramai bagi menambahbaik deraf Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Terima kasih. Pegawai Untuk Dihubungi : Pn Norhidayah Binti Jamaludin – norhidayah.j@kpkt.gov.my ( 03 – 88913314 ) Pn Massuri Binti Sabri – massuri@kpkt.gov.my ( 03 – 88913357 )


Lampiran

  1. Garis Panduan Kolam Renang

Comments

  • Burung Punai - 2017-08-28 15:35:40
    ""