Kesedaran Orang Awam Kepada Lokasi Dan Fungsi Taman Awam Di Seluruh Malaysia

Pihak Jabatan Landskap Negara telah memperuntukkan masa, tenaga dan bajet bagi perancangan, pembangunan, penambahbaikan serta penyelenggaraan bagi pembangunan landskap di seluruh Malaysia. Ini termasuk juga penyediaan taman-taman awam di setiap negeri termasuk juga peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi menjayakan projek-projek landskap setiap tahun. Adakah orang awam sedar akan pembangunan landskap di keliling mereka dan fungsi ianya dibangunkan? Jika ya, adakah mereka menggunakan fasiliti tersebut? Jika tidak, mengapa?