Draf garis panduan ini merupakan satu dokumen yang memberi panduan kepada pemegang lesen import berhubung syarat-syarat khas pengimportan Sisa Pepejal Import Plastik di bawah HS Kod 39.15. Sehubungan itu, Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau amat mengalu-alukan maklum balas daripada pihak berkepentingan serta orang awam dalam pembangunan garis panduan ini.
Pegawai untuk dihubungi:
Puan Siti Faridah binti Samsudin di talian 03-88915536 dari Cawangan Dasar Ekonomi Kitaran, Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau.