Draf Garis Panduan Pengurusan Premis Cucian Kenderaan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Garis panduan ini merupakan satu dokumen yang memberi panduan mengenai pengurusan premis cucian kenderaan. Garis panduan ini merangkumi aspek keperluan-keperluan fizikal, operasi dan penyenggaraan, pengurusan sisa serta penyimpanan rekod di premis-premis cucian kenderaan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sehubungan dengan itu, Jabatan Kerajaan Tempatan amat mengalu-alukan maklumbalas daripada pihak berkepentingan serta orang ramai bagi menambahbaik draf Garis Panduan Pengurusan Premis Cucian Kenderaan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Terima kasih. Pegawai Untuk Dihubungi : En Muhamad Fazly Bin Zainal – fazlyz@kpkt.gov.my (03 – 88913350).


Lampiran

  1. Draf Garis Panduan Pengurusan Premis Cucian Kenderaan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
  2. DRAF GARIS PANDUAN PASAR SEJAHTERA