Alternatif Pembinaan Loji Rawatan Termal (Insinerator)

PANDANGAN ANDA DIPERLUKAN! Loji Rawatan Termal (Insinerator) merupakan alternatif terbaik dalam melupuskan sisa pepejal kerana ia melibatkan ruang yang kecil berbanding tapak pelupusan, mengurangkan masalah bau, isu leachate (air larut resap) dapat ditangani. Malah kemudahan ini juga dapat menghasilkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) yang dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan bakar fossil. Setuju?

Comments

  • Guest - 2013-08-29 13:05:52
    Saya bersetuju dengan pembinaan insinerator. bravo
  • Guest - 2013-08-29 14:24:33
    ok
  • Guest - 2013-08-29 14:58:23
    Sangat setuju dengan kenyataan di atas. Insinerator merupakan satu alternatif terbaik bagi pelupusan sisa pepejal
  • Guest - 2013-09-02 16:15:01
    Setuju, tetapi incinerator yang dibina perlulah dapat memenuhi keperluan tapak pelupusan sehingga ke tahun-tahun yang akan datang supaya masalah yang timbul tidak berulang kembali.
  • Guest - 2013-09-02 23:36:51
    YA dan TIDAK. YA untuk mengurangkan ruang, masalah bau, air larut resap dan menghasilkan tenaga. TIDAK untuk alternatif yang terbaik. Terdapat alternatif yang mungkin lebih baik dari pelbagai segi (ekonomi, alam sekitar, sosial, dll) seperti pemgolahan mekanikal biologi (mechanical biological treatment) yang amat sesuai untuk sisa pepejal di negara kita yang mempunyai kandungan air yang tinggi.
  • Guest - 2013-09-03 17:05:34
    tulisan kat soalan ni kecik la bang
  • Guest - 2013-09-04 10:37:05
    Saya amat setuju jika ia diwujudkan di setiap negeri dan dibawah seliaan PPSPPA sepenuhnya terutama di Negeri Pantai Timur
  • Guest - 2013-09-04 10:45:48
    saya bersetuju kerana loji rawatan thermal dapat mengurangkan penggunaan kawasan yang luas dan ia lebih praktikal.Loji rawatan thermal harus di bangunkan di seluruh negara agar negara kita menjadi role model kepada negara Asia yang lain ke arah negara berteknologi hijau.Kerajaan negeri harus berganding bahu dengan kerajaan dalam menjayakan hasrat ini....
  • Guest - 2013-09-06 08:43:15
    Saya amat bersetuju. Ini kerana dengan perkembangan teknologi masa kini sistem rawatan secara termal ini dapat mengurangkan malah menghapuskan hampir semua pencemaran yang berkaitan kepada alam sekitar. Namum begitu, proses pembinaan dan operasi loji ini perlu dilakukan dengan rapi bagi memastikan ianya dapat berfungsi seperti yang dikehendaki.
  • Guest - 2013-09-10 14:55:53
    Setuju. Ianya boleh dapat mengurangkan bau serta pencemaran.
  • Guest - 2013-09-10 09:23:21
    Setuju
  • Guest - 2013-09-11 07:53:17
    setuju
  • Guest - 2013-09-11 09:11:19
    setuju
  • Guest - 2013-09-11 14:40:41
    SETUJU!
  • Guest - 2013-09-12 17:26:19
    No I do not agree and why is this survey not available on the English version of JPSPN website? Incineration is not the best alternative. Has Malaysia done enough to educate the public on recycling, reduce and reuse? Mandatory separation of waste would be a good start. I read with trepidation the recent interview by the Director General of JPSPN reported in The Star about the 1st incinerator to be built in Jinjang North. It is reported that modern incinerators are able to burn the two gases, dioxin and furan but ceases to mention other toxic emissions, such as heavy metals, fine particulates, known carcinogens mutagens and hormone disrupters. Abatement measures in modern incinerators transfer airborne dioxins and some heavy metals to fly ash which is light and readily airborne. The report claims that neither Singapore nor Tokyo has recorded any health hazards or deaths linked to incinerators. Cancer does not occur overnight. Difficulties in establishing ?proof? of cause and effect is more likely because human race is exposed to so many different influences that it is uncertain to pin specific health effects on incineration. But what is undeniable is that the rates of cancer, birth defects, reproductive dysfunction, neurological damage, respiratory ailments have increased in cities such as Singapore and Tokyo. The location in Jinjang North is only 10-11km from KL city center. Within its 10 km radius are densely populated neighbourhoods which apart from Jinjang, Kepong and Segambut include, I believe, Mont Kiara, Bangsar, Sri Hartamas and TTDI. Obviously public health will be of primary concern.
  • Rusmaini Yusof - 2013-09-13 15:00:08
    agree.... and y is this survey not available on the English version of JPSPN website?
  • Guest - 2013-09-13 17:16:14
    setuju
  • Tengku Azlina - 2013-09-15 21:10:17
    ya setuju
  • ROZILAH BT ROSLI - 2013-09-16 12:08:08
    SETUJU
  • SITI HADIJAH BINTI MAT BIDIN - 2013-09-17 11:07:30
    setuju
  • ROSYILA BINTI ABDUL LATIF - 2013-09-17 13:40:15
    setuju
  • user jpn - 2013-09-17 16:18:39
    Setuju
  • Nur Hanisah binti Nor Sham - 2013-09-18 08:13:33
    Setuju
  • NURASHIKIN BINTI SHARIF - 2013-09-18 09:05:04
    Setuju
  • ISMAIL BIN ABDULLAH - 2013-09-18 14:14:11
    setuju
  • LAW BOON KIAT - 2013-09-18 16:45:54
    Setuju jika management dapat ditangani dengan sempurna.. Jika membina insinerator yang tidak boleh menghasilkan tenaga,ataupun tidak utilise sumber tenaga yang dihasilkan,then saya bercadang jangan mula projek tersebut sehingga bersedia sempurna untuk membinanya. Sebagai anak Malaysia,saya berharap tiada lagi perkara yang berlaku di insinerator lain yang menunjukkan tidak profesional dalam menguruskan sisa pepenjal,itu hanya membazirkan duit dan masa. Malaysia boleh!!!Saya amat yakin Malaysia boleh menuju ke arah yang lebih matang dan well-planned before take action^^
  • Guest - 2013-09-18 20:46:22
    Ya, ia sepatutnya digalakkan dan kerjasama daripada semua pihak terlibat rakyat untuk mengasingkan sampah-sampah supaya mengurangkan kelembapan supaya insinerator boleh berfungsi dengan berkesan.
  • Guest - 2013-09-19 04:40:13
    Saya setuju sebab:- Pembinaan insinerator dapat mengurangkan kandungan pembuangan sampah ditapak pelupusan sampah sebanyak 95% serta mengurangkan isipadu sampah itu dari 100% ke 10% sahaja selepas dibakar. Ini bermakna kerajaan tidak perlu membuka tapak pelupusan sampah baru yang besar seperti sekarang kerana selepas pembakaran, kandungan sampah telah dikurangkan sebanyak 90%. Kilang insinerator yang moden yang memproses lebih kurang 275,000 ton sampah pepejal dapat juga menghasilkan hampir 50MW kuasa letrik yang mana 26MW akan digunakan oleh kilang insinerator itu sendiri dan selebih 24MW dapat dijual kepada TNB. 24MW letrik dapat membekalkan letrik ke hampir 70,000 - 100,000 rumah di negara kita. Disamping mengurangkan penggantunggan kepada tapak pelupusan sampah yang mahal beroperasi serta mempunyai impak kepada alam sekitar, insinerator dapat beroperasi sehingga 40 tahun dengan teknologi moden yakni kos operasinya menjadikan nya opsyen yang lebih murah dalam jangka masa panjang. Datuk Bandar London pada August 2013 telah meluluskan pembin aan satu insinerator baru diLondon yang dijangka beroperasi pada 2015. Sebuah lagi insinerator di Cardiff, Wales juga telah diluluskan pada 2013 dan ini antara contoh yang mana UK yang mempunyai antara undang-undang environmen yang paling ketat didunia Barat juga telah menerima teknologi insinerator untuk mengatasi masalah pelupusan sampah sisa pepejal. Negara-negara seperti jepun dan Norway, Denmark, German serta Switzerland telah lama mengamalkan teknologi insinerator sebagai sistem pelupusan sampah nya.
  • Guest - 2013-09-19 15:53:00
    setuju
  • Zahirathul Mariamah Bt. Ahmad Marzuki - 2013-09-20 01:04:59
    Saya rasa soalan ini ada kesilapan teknikal mengenai renewable energy yang dihasil oleh incinerator (heat to electric with amount of Mgwatt) untuk dibandingkan dengan keseluruhan jumlah bahan api fossil di Negara ini?atau sekadar dibandingkan bahan api fossil yang digunakan oleh incinerator untuk menjana proses pembakaran sisa pepejal? Saya mohon pertanyaan saya disemak & dimaklumkan kerana jika perbandingan pertama saya berpandangan sudah pasti setuju tetapi jika loji incinerator di Langkawi diambil kira pada masa ini, ianya hanya mungkin mengurangkan penggunaan bahan api fossil Negara (anggaran saya ialah 0.0000001% sahaja). Perbandingan kedua lebih praktikal dan adil, saya setuju sebab melihat budaya hidup masyarakat malah dilabelkan dalam program di internet sebagai rakyat ke10 di dunia paling malas (bersenam) menunjukkan sisa pepejal di Malaysia perlu di rawat secara "eliminate" yang mengurangkan tempoh masa rawatan dijalankan berbanding "manage" yang menggunakan system & teknologi yang BELUM TERBUKTI dan memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dirawat termasuk tiada jaminan by-product dapat dihasilkan mengikut spesifikasi. Sekian, terima kasih.
  • Test User 1 - 2013-09-20 16:52:02
    bagaimana untuk menguraikan sisa pepejal? adakah melalui pembakaran? jika ya, ia juga akan menyebabkan pencemaran udara..
  • Test User 2 - 2013-09-23 02:22:01
    Setuju, ini disebabkan pelupusan sampah melalui Landfills mengambil ruang yang besar dan ini adalah langkah masa panjang yang terbaik.Namun perlaksanaannya perlu diawasi agar segala langkah-langkah pencegahan pencemaran perlu di ambilkira dan dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab
  • teepah - 2013-09-23 09:38:44
    Setuju. Kita perlu bertindak awal bagi memastikan sisa-sisa yang dilupuskan dapat diminimakan kuantitinya agar jangkahayat landfill dapat dilanjutkan. Sememangnya terdapat cara lain bagi mengelakkan penggunaan incinerator seperti kitar semula, malangnya di Malaysia, ini sukar dipraktikkan kerana tahap pemikiran rakyat masih belum mencapai taraf pemikiran negara maju. Penggunaan inisnerator sering disalah ertikan dengan memberi fakta-fakta lama kepada awam sedangkan teknologi ini telah digunapakai di Negara-Negara maju sekian lama. Rakyat perlu diberi pendedahan dan contoh yang digunakan di Negara maju agar dapat memberi penilaian yang sewajarnya terhadap hasrat kerajaan.
  • Rusmaini Yusof - 2013-09-23 19:33:47
    Salam,.sekali lagi soalan dirujuk dan disemak dimana saya berpandangan bahawa fungsi sebenar loji insinerator bukan untuk melupuskan sisa pepejal. Loji insinerator atau loji rawatan termal (menggunakan sistem pembakaran yang bukan secara combustable) dikategorikan sebagai kemudahan rawatan iaitu berfungsi mengurangkan jumlah sisa pepejal dalam bentuk isipadu atau berat kepada peratusan dianggap minima sebanyak 80% dan bakinya iaitu kurang daripada 20% adalah baki sisa abu (residue) yang dikenali sebagai bottom dan fly ash. Oleh itu, hanya sisa abu (ash) tersebut akan dilupuskan di tapak pelupusan seperti dinyatakan dalam soalan di atas ianya dapat memanjangkan tempoh jangka hayat tapak pelupusan di Malaysia. Terima kasih. Oleh : Mohd Zaki bin Othman
  • Nama Penuh - 2013-09-23 23:36:55
    Setuju. Insinerator dapat mengurangkan masalh sisa pepejal dengan pembakaran terkawal dan kurang pencemaran. Langkah ternbaik kerajaan dalam memelihara tanah di malaysia
  • Nama Penuh - 2013-09-24 11:12:20
    Saya setuju dengan alternatif untuk pelupusan sampah atau sisa pepjal kerana sebagai negara maju kita juga harus mengikut corak negara-negara maju lain seperti Jepun dari segi sistem pelupusan sampah. Orang ramai tidak tahu bahawa Insinerator telah wujud dan diguna pakai di Semua Hospital di Malaysia dan sesi penggunaan untuk melupuskan bahan buangan sampah Hospital seperti bahagian badan manusia perlu dilupuskan dengan sistem ini. Jika sistem ini selamat jadi elok diamalkan Insinerator untuk melupuskan sisa pepjal negara. From, L.Ravi- Sungai Siput
  • Afira Adawiyah - 2013-09-24 23:20:14
    Setuju dan merupakan proses rawatan sisa pepejal yang terbaik sehingga kini. Ia juga dapat merawat fluegas dari gas toksik sebelum deleppaskan ke atmosfera dan selamat digunakan.
  • ehome - 2013-09-25 14:30:29
    TIDAK SETUJU.
  • Ahmad Aizat Huzayr - 2013-09-25 20:57:39
    Setuju. Sila laksanakan sistem insinerator ini secepat mungkin.
  • Dr.Irawan S.Pd - 2013-09-25 22:03:38
    sangat setuju.
  • Guest - 2013-09-27 13:56:21
    Dengan pembangunan yang pesat, Malaysia tidak boleh lagi mengamalkan kaedah membuang sisa pepejal (sampah) di tapak-tapak pelupusan kerana bekalan tanah sudah makin berkurangan. Penggunaan insinerator adalah "next best alternative" jika kita sayangkan Malaysia dan ingin menjaga kepentingan generasi akan datang. KGB
  • Guest - 2013-09-28 22:56:59
    saya setuju dengan langkah yang diambil kerajaan bagi menggunakan sistem insinerator. walaupun kos yang tinggi diperlukan, tindakan ini wajar kerana peningkatan sampah pada setiap tahun yang menyebaban tapak pelupusan sampah di seluruh Malaysia tidak dapat menampung lagi jumlah sampah. Jumlah sampah perindividu ialah 0.8.kg. Oleh itu,dengan ada nye insinerator, pembuangan sampah ke landfill tapak di kurangkan. Kerajaan juga perlu menjalankan kempen pengasingan sisa, dan 3R untuk mengurangkan lagi kos kewangan
  • Guest - 2013-09-28 22:58:59
    Setuju. Sebagai langkah penyelesaian segera bagi menangani isu sisa pepejal bandaraya
  • ERMA HARLINA - 2013-09-29 14:00:58
    Setuju. dengan adanya insinerator yang dimanfaatkan sebaiknya mampu mengurangkan sampah yang dibuang di tapak perlupusan sampah yang semakin tiada tempat untuk menampung jumlah sampah harian.sekian.
  • SUZIYANI FARHANA BINTI SUHAIMI - 2013-10-01 09:54:49
    Teknologi dibawah lebih cost effektif dari insinerator. http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20130930/st_01/Mengurus-sisa-pepejal-secara-bijak
  • Rosdiyana Sudarto - 2013-10-01 15:18:15
    Masalah utama yang dihadapi untuk melupuskan sisa pepejal adalah disebabkan oleh sifat sisa yg tidak mudah mereput (non-biodegradable) terutamanya plastik. Penggunaan plastik dalam kehidupan harian sudah menjadi satu keperluan kerana sifat 'feksible' yg mudah dibentuk mengikut ciri-ciri kegunaanya. Semakin lama penggunaan plastik semakin meningkat, menambahkan lagi beban di tapak pelupusan (landfill) kerana sifatnya yang lambat mereput. Untuk menjadikan plastik lebih mesra kepada 'landfill', ada sesetangah pihak menawarkan jenis plastik yg boleh mereput (biodegradable plastic) untuk mengatasi masalah di tapak pelupusan. Malangnya, jenis plastik 'biodegradable' kurang fleksible kegunaannya dan amat terhad aplikasinya. Mahu atau tidak kaedah pelupusan thermal (insineration) merupakan alternatif terbaik walaupun melibatkan kos yang tidak berbaloi untuk dipraktikkan. Satu lagi masalah utama, kaedah 'incineration' ini mencemarkan alam sekitar dengan pelepasan gas 'dioxin' dan 'furan' yang merbahaya kepada hidupan di bumi. Masih ada alternatif untuk menjadikan kaedah pelupusan thermal ini lebih selamat, iaitu dengan teknologi 'pyrolysis' yang mana menghasilkan minyak 'fuel' sebagai produk daripada prosesnya. Tetapi sekali lagi, teknologi 'pyrolysis' ini masih kurang berjaya berbanding kosnya yang lebih mahal. Walauapapun yang berlaku, kerajaan perlu segera mencari alternatif untuk melupuskan sisa pepejal kerana tapak pelupusan yang ada kini sudah mencapai tahap penggunaan maksima. Saya tetap bersetuju jika kerajaan mengambil langkah membangunkan teknologi pelupusan berasaskan therma ini tetapi perlulah dikaji terlebih dahulu serta mendapat kerjasama dari pakar dalam dan luar negara.
  • MOHD ZUIRMAN BIN ARAS - 2013-10-02 07:18:00
    Insinerator kecil di pulau-pulau dibina dengan duit rakyat masih gagal berfungsi, tetapi kenapa pihak kerajaan masih mempromosi teknologi yang jelas tidak ada 'track record' di Malaysia? http://shar.es/Ki6Ju Masih banyak pilihan lain yang lebih berkesan dan mampu milik yang boleh dibangunkan pihak kerajaan. Pilihan yang mengurangkan beban perbelanjaan duit rakyat dan masih mencapai kesemua objektif pengurusan sisa pepejal yang lestari seperti penggunaan ruang yang kecil, mengurangkan masalah bau, isu leachate dapat ditangani, dan juga menghasilkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fossil.
  • MOHD FARID BIN KHALID - 2013-10-02 15:00:17
    setuju
  • SITI MARIAM BINTI JOHARI - 2013-10-02 15:41:43
    Ya, saya setuju kerana terdapat calorific value yang tinggi didalam sisa perbandaran, disamping itu juga kita dapat mengurangkan pembukaan tanah untuk tapak pelupusan yang baru.
  • Sinniah a/l Visvirnathan - 2013-10-02 17:02:35
    Tidak setuju kerana mass burn incenerator tidak nesra alam dan membakar semua resources dan disa dinakaysia yang tinggi kandubgan sur, kis kaputal dan kis operasi yang tinggi akan metugikan rakyat. Menggubakan minyak dan ivajar sampah bukan tenaga yang diperbarui. Negara maju tidak lagi nembuat mass burn incenerstor tetapi menukar kepadarresource revovery centers
  • MUHAMAD FAZLY BIN ZAINAL - 2013-10-02 17:02:47
    Tidak setuju kerana mass burn incenerator tidak nesra alam dan membakar semua resources dan disa dinakaysia yang tinggi kandubgan sur, kis kaputal dan kis operasi yang tinggi akan metugikan rakyat. Menggubakan minyak dan ivajar sampah bukan tenaga yang diperbarui. Negara maju tidak lagi nembuat mass burn incenerstor tetapi menukar kepadarresource revovery centers
  • jas wari bin awang @ muhamad - 2013-10-02 17:55:06
    Tidak setuju.
  • mustafa bin ismail - 2013-10-02 19:46:20
    Saya tidak setuju kerana kos pembinaan dan kos operasi terlalu tinggi.
  • mustafa - 2013-10-02 19:46:42
    Saya tidak setuju kerana kos pembinaan dan kos operasi terlalu tinggi.
  • AZIZAN BIN AB. RAHMAN - 2013-10-02 19:48:28
    Saya tidak setuju kerana kos pembinaan dan kos operasi terlalu tinggi.
  • noraishatul alini - 2013-10-03 11:18:17
    Tidak setuju Insenerator digunakan di Malaysia keran kos operasi yang terlalu tinggi dan membebankan . Dan pembelanjaan perlalatan ada lah tertinggi berbanding teknologi yang mempunyai persamaan. Sebagai contoh teknologi tempatan yang dihasil kan oleh Core Competensi adalah yang paling sesuai dan tidak melibatkan pembelanjaan tinggi berbanding Insernerator. SAYA MEWAKILI PEMBAYAR CUKAI DI NEGARA INI TIDAK MENYOKONG PERLAKSANAAN INSEBERATOR.
  • YEO SAW KEN - 2013-10-03 11:18:28
    Tidak setuju Insenerator digunakan di Malaysia keran kos operasi yang terlalu tinggi dan membebankan . Dan pembelanjaan perlalatan ada lah tertinggi berbanding teknologi yang mempunyai persamaan. Sebagai contoh teknologi tempatan yang dihasil kan oleh Core Competensi adalah yang paling sesuai dan tidak melibatkan pembelanjaan tinggi berbanding Insernerator. SAYA MEWAKILI PEMBAYAR CUKAI DI NEGARA INI TIDAK MENYOKONG PERLAKSANAAN INSEBERATOR.
  • NOR AFZAH BINTI ABDUL RAZAK - 2013-10-03 12:20:03
    Untuk menggunakan insinerator ini patut dikaji keberkesanan penggunaannya di Terengganu.Kelemahan insinerator ini, ia tidak dapat membakar bahan basah seperti sabut basah.Majlis Bandaraya Terengganu telah menngunakannya 15 tahun lalu. Beroperasi seminggu,tidak beroperasi 2 minggu atau 3 minggu.Kos membeli inseneratorini cukup mahal 1juta ketika itu.Sekarang insenerator tidak lagi beroperasi.Jadi fikir-fikirkanlah jangan membazir wang rakyat. Kalau ada isinerator yang lebih "power" dapat membazar semua dalam semua keadaan saya amat setuju. Kalau tidak tidak payah guna.
  • Rosliah - 2013-10-03 17:04:05
    saya kurang setuju, sbb insinerator bukan jalan terbaik utk lupus sampah. insinerator yang sedia ada tidak menunjukkan keberkesanan, cth di langkawi, pangkor, kenapa pula perlu bina yang baru?
  • Rosliah - 2013-10-03 21:58:06
    Tidak setuju...mengarut!!!
  • siti rozana mohd esa - 2013-10-05 13:52:10
    Daripada laporan AG 2012 kerajaan telah membina 4 incinerator dimana 3 telah siap dan 1 sedang dalam pembinaan. Ketiga tiga yang siap tidak berfungsi dan kemungkinan yang ke-4 mengalami nasib yang sama. Bagaimana kerajaan hendak menyelamatkan RM200 million yang dibelanjakan untuk projek ini? Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan proses perlantikan kontrektor/sistem incinerator sepatutnya dilakukan secara transparent dan bertanggungjawab oleh pakar pakar yang ada di kementerian. Kalau di China dan Vietnam pegawai pegawai terlibat sudah tentu dihukum penjara seumur hidup. Tetapi di Malaysia mereka masih terus bertugas.......
  • mohd nazrein b mohd salleh - 2013-10-05 17:41:51
    KPKT HARAP PIHAK KERAJAAN AMBIL ALEH
  • IRINA RIYANTI BINTI MUHAMMAD NUR - 2013-10-07 16:03:30
    setuju
  • zuraini yahya arif - 2013-10-08 12:24:58
    Secara teori memang baik. Selalunya, perancangan yang tidak menjadi kenyataan. Apakah kementerian berupaya untuk membangunkan sebuah incinerator yang betul-betul berfungsi dengan baik dan memberikan impak kepada negara. Sekiranya mampu, ianya akan menjadi batu loncatan pengubah minda rakyat untuk menerima perancangan incinerator.
  • NORAZERA ISMAIL - 2013-10-08 14:54:20
    setuju. tolong bina banyak lagi. tapi jangan berhenti cari jalan yang lebih baik
  • Krishna Kumar - 2013-10-08 15:45:53
    setuju
  • AHMAD BIN DOLLAH - 2013-10-08 17:59:17
    Setuju,
  • MOHD SHAHRUM BIN KADIS - 2013-10-09 20:59:22
    Saya tidak setuju sama sekali memandangkan cuaca di Malaysia mempunyai kelembapan udara yang tinggi berbanding negara2 Eropah yang banyak menggunakan teknologi ini. Asap yang dihasilkan mestilah melalui sistem penapisan udara yang efesien sebelum dilepaskan keudara. Dengan menggunakan sistem itu, kita masih terpaksa berhadapan dengan bahan buangan selepas pembakaran yang mempunyai tahap toksin yang tinggi. Kita tidak boleh dengan mengambil jalan mudah membuangnya ke Tapak Pelupusan kerana ia adalah lebih bahaya dari sampah itu sendiri. Ada alternatif sistem yang lebih baik dan tidak mencemarkankan alam sekitar kerana sistem tersebut berkerja melupuskan MSW dengan tidakbalas kimia yang tertutup dan tidak menghasilkan bahan sisa buangan dari plant tersebut. Saya tahu buat masa ini ada pihak swasta yang ada dan sanggup melabur bagi menyelesaikan masa MSW di Malaysia. Sistem yang mereka bawa adalah lebih mesra alam dan tidak menghasilkan gas-gas toksik atau bahan buangan toksik. Sistem mereka juga dapat menghasilkan sumber tenaga bolehubah baru dan juga penghasilan bahan bakar Non-fossil yang mesra alam. Dengan penghasilan dua Bi-produk in mereka dapat menjana pendapatan dan tidak memerlukan pembiayaan dari pihak kerajaan Malaysia. Ini dapat menjimatkan pembelanjaan negara dan wang tersebut boleh digunakan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi projek-projek lain yang berimpak tinggi yang dapat menjana ruang perkerjaan kepada rakyat.
  • mohd riza khushairi bin ibrahim - 2013-10-10 11:22:30
    Setuju..kita sedang menuju negara maju jadi kenalah ada teknologi & kemudahan terkini untuk lupuskan sampah.
  • Stephanie - 2013-10-10 18:21:15
    Bukan alternatif terbaik untuk sisa yang kandungai air tinggi TIDAK BERSETUJU dan Jangan bodohkan rakyat unk mencuri duit Lapuran Audit melapurkan yang kecil tak jalan bagaimana yang besar....
  • TINING AMOI - 2013-10-11 01:32:05
    Tidak setuju.
  • NORNAFISAH BINTI PESAL - 2013-10-14 15:05:14
    Setuju
  • MUHAMMAD HUSSAIN BIN SHAHHUL HAMID - 2013-10-14 15:32:34
  • mohd bukhairi bin abu bakar - 2013-10-15 09:18:25
    setuju kerana penggunaan insinerator secara efisien dapat memanjangkan tempoh jangka hayat tapak pelupusan dan meminimakan bilangan tapak pelupusan sedia ada di Malaysia kepada bilangan yang munasabah.
  • mohd saharul nizam abdul rahim - 2013-10-15 21:19:25
    Setuju, saya baru balik dari Italy, menjalani training mengenai water-to-energy plant (insinerator), ianya tidak bahaya seperti yg di gembar gemburkan. Saya menjalani training di hera Italy (http://www.gruppohera.it), mereka mempunyai 6 wte plant dan semuanya mengikuti undang-undang yg ditetapkan oleh EU. Saya menyokong penuh jikalau pihak kerajaan memilih alternatif ini untuk pelupusan sisa pepejal, dan sedia menawarkan pengetahuan yang saya ada, ataupun dari pihak hera Italy untuk membantu pihak kerajaan membina 'affordable waste to energy plant' di Malaysia, yg benar Ir. Mohd Azizan Abdul Razak, General Manager, IMPSA Malaysia Sdn Bhd (012-2050538)
  • andy romeo - 2013-10-16 08:10:00
    Setuju tuan
  • mazlina binti md zain - 2013-10-16 13:46:24
    Saya setuju kerana ia alternatif yang lebih baik berbanding cara land fill kini
  • MARDZIAH BINTI MOHD AMIN - 2013-10-21 01:10:20
    Setuju. walaupun loji ini menggunakan duit yang banyak tetapi loji ini merupakan satu alternatif bagi pengurusan sisa pepejal. namun begitu, sikap rakyat Malaysia itu sendiri yang perlu diubah. Apa gunanya loji yang canggih dan mahal tetapi rakyatnya tidak mengamalkan kitar semula dan masih membuang sampah merata.
  • WAN MUHAMMAD HARITH BIN WAN ISKANDAR - 2013-10-23 10:10:18
    Mampukah pihak-pihak bertugas menyelenggara Insinerator dengan cekap and rajin untuk memastikan Insinerator berfungsi dengan tahap optimal sepanjang hayatnya? Sekiranya terdapat kecuaian dalam penyelenggaraan, apakah kesan terhadap penduduk di sekitar kawasan Insinerator, dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan?
  • Noor Sakirah binti Khamis - 2013-10-23 10:21:58
    Kalau insinerator begitu baik, baik kamu bina ini insinerator kat Putrajaya. Ini boleh dijadikan mercu tanda kebanggaan negara.
  • ISMALIZA - 2013-10-23 10:35:50
    Agree, but why build it beside our homes, this technology is dealing with rubbish and waste and it should be built further away from the city. Jinjang is in the city. Will there be a potential health hazard towards the residents around the area as it is a heavy populated area. Even if the deal has been signed to build the incinerator, please look into how you can relocate it to a better location as it give any benefits to us as residents of Jinjang.
  • Fakhri Abdul Rahman - 2013-10-23 12:14:41
    Tidak setuju!!!
  • AZMI BIN AB RAHIM - 2013-10-23 14:14:29
    Setuju jika sumber tenaga bahanapi yang digunakan adalah jauh lebih kecil untuk membakar dan menghasilkan lebih banyak sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Proses itu mestilah berketepatan kos (cost efficient) dan menghasilkan sekurang-kurangnya sekali ganda input tenaga yang digunakan berbanding output tenaga yang dicipta Jika digunakan kaedah solar furnace, cadangan ini amat mampan kerana tenaga matahari adalah sesuatu yang boleh diperbaharui oleh alam semulajadi... Veeramohan, Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH)
  • JUSLINAH DIAN RANGGA - 2013-10-23 15:29:21
    Berapa ke kos keseluruhan dalam menggunakan insinerator sebagai kaedah pelupusan sisa pepejal untuk jangka hayat insinerator tersebut. (Kos projek/kos perunding/Kos operasi sepanjang hayat/kos penyelenggaraan/kos pemantauan pematuhan/ kos pelupusan ash - tenaga elektrik yang diperolehi). Berapa pula kos sekiranya jumlah yang sama dilupuskan dengan menggunakan tapak pelupusan sanitari. (Kos tanah+kos operasi peelupusan - taman rekrasi diperolehi selepas penuh)
  • Mohd Anuar Bin Idris - 2013-11-06 12:00:03
    Setuju. Insinerator pada masa sekarang menggunakan teknologi terkini dan kurang berbahaya berbanding landfill. Pada masa yang sama, manfaat dapat diperolehi melalui RE. Walaubagaimanapun, penapisan asap dan debu kebuk amat penting untuk memastikan pencemaran tidak berlaku kepada masrayakat setempat.
  • SITI RAHAYU BINTI ALI - 2013-11-07 14:15:19
    Ya dan saya sertakan rujukan penggunaan incinerator yang luas di Negara Jepun, layari laman web ini: http://www.union.tokyo23-seisou.lg.jp/kojo/index.html
  • Muhamad Aiman bin Maarof - 2013-11-15 09:56:15
    Ya saya setuju
  • Rosniza Binti Abdul Ghafar - 2013-12-05 10:23:14
    setuju
  • Sallehudin Bin Samsuddin - 2013-12-14 23:31:54
    SETUJU ASALKAN TIDAK MEMUDARATKAN RAKYAT DAN EKONOMI NEGARA
  • NIrwan Bin Buang - 2013-12-17 10:42:11
    SETUJU KERANA PENGURUSAN SISA PEPEJAL (LANDFILL) MEMERLUKAN TAPAK YANG LUAS DAN MENIMBULKAN MASALAH PD PENCEMARAN DAN PERSEKITARAN (TERMASUK MANUSIA DAN HIDUPAN LAIN) JIKA TIDAK TERKAWAL DAN DI URUS DENGAN CEKAP. PERTAMBAHAN BILANGAN SISA BUANGAN PEPEJAL SEMAKIN MENINGKAT DARI MASA KE SEMASA, MAKA ALTERNATIF INSINERATOR ADALAH PILIHAN YANG BAGUS.
  • Kamarul Azhar bin Bokhri - 2013-12-18 08:58:39
    Setuju
  • NORLIDA - 2013-12-19 08:47:58
    Saya setuju dengan kegunaan insinerator . ia merupakan alternatif terbaik bagi mengurangkan pengunaan tanah sebagai alternatif bagi pelupusan sampah. memandangkan semakin hari sampah semakin bertambah adalah lebih baik malaysia mengorak selangkah menuju kepada kaedah yang lebih baik berbanding sekarang bagi menyelamatkan bumi.
  • NORAINI OMAR CHONG - 2013-12-24 15:40:58
    setuju
  • LEE CHENG KIIK - 2014-02-07 00:44:23
    saya sangat bersetuju dengan cara ini kerana ia dapat menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tanah.akan tetapi mampukah kita laksanakan dengan betul kerana loji ini memerlukan kos yang tinggi untuk melupuskan sisa pepejal disamping kos penyelenggaraan loji tersebut dengan berkala.
  • June Suhaila Saran - 2014-02-19 13:00:19
    setuju.langkah baik untuk jangkamasa panjang.
  • azizah bahrum - 2014-03-05 11:05:15
    mungkin factor kewangan untuk pembelian insinetor agak mahal menjadi menjadi penghalang namun mengapa tidak sekiarnya penggunaanya dapat memberikan kesan yg positif kpd masyarkat mahupun Negara.
  • nur shahida binti mohd nasir - 2014-04-08 16:30:45
    setuju
  • Mustafa - 2014-04-17 12:38:33
    ya
  • NORAZAN BIN OTHMAN - 2014-04-12 18:45:59
    saya dan keluarga amat bersetuju dengan kenyataan di atas.
  • Aslynda binti Mohd Dahlan - 2014-05-07 17:55:48
    Aplikasi insinerator sebagai salah satu kaedah pelupusan sampah adalah sangat baik dan telah dibuktikan di negara-negara lain. Saya amat bersetuju jika berberapa perkara berikut diberi perhatian: 1) Keterjaminan keselamatan sosial dan alam sekitar. (Pengendalian insinerator perlu dilakukan dengan teliti) 2) Menggunakan teknologi yang dipercayai iaitu mempunyai ciri keselamatan yang diiktiraf dan mesra alam. 3) Lokasi insinerator yang bersesuaian iaitu untuk keterjaminan keselamatan penduduk dan kelancaran operasi. 4) Pembinaan insinerator berhampiran pusat bandar (Kuala Lumpur, Penang, JB) iaitu kawasan yang mengalami peningkatan penghasilan sisa pepejal yang sangat kritikal. (bagi tujuan kelancaran operasi) Terima Kasih..... Muhamad Azahar Abas
  • azizul bin zainal abidin - 2014-06-28 02:18:27
    Tidak. Pembakaran bahan plastik menghasilkan gas yang berbahaya.
  • Mohd Khairul Anwar Bin Abdul Kadir - 2014-08-22 15:17:58
    Tidak setuju sebab insinerator menghasilkan pencemaran dioxin, merkuri dan bahan sisa logam berat. Mengapakah hanya teknologi insinerator ditawar kepada rakyat Malaysia? Kita perlu teknologi yang lebih lestari dan hijau seperti Zero Waste Management, bukan insinerator.
  • AREDA BINTI SIDIK - 2014-08-22 15:41:47
    Incinerator is the most expensive and dirty waste solution! How do the incinerator claim that it will be safe if the waste can not be separated? If the waste can be separated, why the government do not support local compost and recycle industries but buying this expensive and high hazards machine in where have negative contribution on national GDP?
  • farahiyah - 2014-08-22 17:54:46
    Tidak setuju
  • NURUL FAREEDA BT MAT DAUD - 2014-08-22 18:14:14
    Tidak setuju
  • SYARIFAH INTAN SYAFINAZ - 2014-08-22 18:27:55
    Tidak setuju!
  • Mohamad Saufi bin Abdul Rahman - 2014-08-22 21:02:36
    Tidak. Saya membantah sepenuhnya. Projek incinerator dibina di kepong adalah tidak sesuai. Ini kerana terdapat populasi penduduk yang padat di sekitar tapak pembinaan. Pembakaran insinerator akan mengeluarkan banyak asap , gas bertoksin dioxin, haba yang akan menyebabkan pencemaran udara. Buat insinerator di Putrajaya dulu , pastikan ia tidak berbahaya dan selamat barulah buat di kepong.
  • lee yoke san - 2014-08-23 14:15:18
    Saya memang, pasti tidak setuju tentang pendapat anda berbanding ianya boleh datang lebih banyak keburukan kepada manusia. Tolonglah jikalau ia bina ditepi kediaman anda adakah anda masih tanya soalan ini.
  • ZULKARNAIN BIN JUSOH - 2014-08-25 09:05:30
    No i disagree.
  • roslinda binti ramli - 2014-08-25 09:09:37
    Sila bina di tempat lain jauh sikit dari tempat kediaman
  • Hazyra - 2014-08-25 09:19:54
    Tidak setuju pembinaan loji pembakaran di malaysia ! Selain daripada kos yg terlampau tinggi, sampah sarap kita masih terlalu BASAH & TERCAMPUR-CAMPUR berbagai jenis. Kebanyakannya sampah kita mempunyai toksit apabila dibakar ! Kesihatan kita dan GENERASI akan datang adalah mangsa -mangsa kancer !
  • NOOR ARNI BINTI ABD AZIZ - 2014-08-25 09:20:14
    Tidak setuju pembinaan loji pembakaran di malaysia ! Selain daripada kos yg terlampau tinggi, sampah sarap kita masih terlalu BASAH & TERCAMPUR-CAMPUR berbagai jenis. Kebanyakannya sampah kita mempunyai toksit apabila dibakar ! Kesihatan kita dan GENERASI akan datang adalah mangsa -mangsa kancer !
  • NORAZRINE BT MAZLAN - 2014-08-25 11:51:16
    Tidak! Tidak! Tidak! Tahap and sikap professionalisme terutama pekerja kerajaan di Malaysia masih harus dipertingkatkan dahulu sebelum Malaysia bersedia untuk memeluk satu sistem sebegini. Walaupun ayat-ayat besar yang kerajaan gunakan dalam berbagai perhubungan media seperti isu leachate, renewable energy, insinerator berteknologi baru bagai membayangkan kerajaan memang tahu-menahu isu-isu teknologi insinerator namun setahu semua, pengunaan teknologi begini akan mendatangkan keburukan kesan buat masa akan datang. Kemungkinan kamu sendiri fasih isu-isu dari satu sudut namun adakah kamu dapat menjaminkan kefasihan dan sikap ketelusan pihak-pihak lain terutamanya mereka yang terukir dalam sikap dan jasad-nya ketidak-apaan? Terdapat terlalu banyak faktor-faktor yang tidak akan dapat dikawal selepas permulaan insinerator sebegini. Sudahpun ada insiden-insiden yang tidak di-ingini berlaku di Jepun dan Singapura--kedua-dua negara yang pekerja kerajaan mempunyai sikap professionalisme yang sungguh tinggi. Namun tetap kemalangan ditimpa. Apatah lagi Malaysia? Yang di hormati, janganlah membuat satu langkah yang akan membahayakan rakyat apabila terdapat banyak tanda-tanda yang memang menuju kepada ke-tidakstabilan faktor-faktor dari pembinaan insinerator sebegini di ruangan perumahan and kehidupan seharian rakyat Malaysia. Banyak masa kualiti kepimpinan seseorang itu adalah dalam membuat keputusan yang baik dan benar untuk semua... dan bukan semata-mata untuk kepentingan organisasi sahaja dari segi carta dan analisa kewangan, dari segi keputusan biro-biro, agensi ataupun penasihat-penasihat kerajaan apatah-lagi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing. Malaysia mempunyai sumber-sumber yang kaya dan kawasan tanah yang masih besar untuk dipergunakan untuk menangani isu sisa pepejal dan cara terbaik ialah dalam memeluk sikap kitar semula keseluruhan. Bukankah ianya lebih berkesan dan bersikap moral tinggi apabila sesebuah negara dimana etika rakyat menghormati dan memeluk sikap kitar semula itu? Bukankah ianya lebih bermaksud bagi menunjuk-cara hidup ber-etika bagi generasi-generasi akan datang? Bukan-nya kesemua cara menangani masaalah sebegini adalah dari insinerator terutama-nya keselamatan dan ketelusan-nya sistem sebegini masih di-ruangan perbahasan. Akhir-kata... jangan membuat sesuatu dimana sesuatu itu kami sendiri tidak diingini berlaku keatas diri-sendiri Terima kasih. Anderson Chow
  • vikneswaren - 2014-08-25 14:39:57
    Tidak setuju. Loji Rawatan Termal menghasilkan asap yang berbahaya kepada penduduk setempat. Kesannya adalah sangat merbahaya dan menyebabkan pencemaran yang teruk. Kualiti udara akan menjadi teruk dan penduduk setempat mungkin mengalami kanser paru paru.Tambahan pula, Loji Rawatan Termal memang tidak patut dibina di tempat yang populasi yang tinggi.
  • NIK NURUL NABILA BINTI SHAMSUDIN - 2014-08-26 23:05:24
    Sy tidak Setuju projek insinerator dikawasan perumahan berdekatan
  • SHAHRUL HISHAM BIN MAT SAFAR - 2014-08-29 14:42:40
    Tidak setujuh. Ini kerana gas sampingan yang terhasil adalah sangat beracun.
  • ridzuan - 2014-08-30 17:37:40
    Tidak setuju .
  • nurul syuhadah binti mat su - 2014-09-29 14:09:38
    SETUJU
  • mohd sobri bin abd kadir - 2014-10-21 22:41:25
    Amat Tidak setuju jika ia terlalu dekat dengan tempat kediaman. Ia akan ngeluarkan a toksik dan in yang mrrbs
  • NOR AFENDY HANAPI - 2014-10-21 22:45:16
    Amat tidak setuju jika ia terlalu dekat dengan tempat kediaman. Ia akan mengeluarkan gas dioxin yang bahaya serta pencemaran udara persekitaran.
  • muhammad fikri - 2014-10-21 22:46:38
    Amat Tidak setuju jika ia terlalu dekat dengan tempat kediaman. Ia akan ngeluarkan a toksik dan in yang mrrbs
  • noor fariza - 2014-10-23 20:18:43
    SANGAT BERSETUJU!
  • SURAIYA BINTI ALISAA - 2014-12-29 14:27:35
    SETUJU
  • AHMAD SYAHIR BIN AMIR SAFRUDIN - 2015-06-04 10:09:48
    Dari segi teknikalnya memang setuju.kewujudan loji rawatan termal (insinerator) adalah cara terbaik melupuskan sampah dan dapat menjimatkan tanah sepertimana yang terdapat di negara-negara maju lain.harapan agar pembinaan insinerator baru kelak dapat memenuhi segala KPI yang ditetapkan dengan teknologi terkini.jangan jadi seperti insinerator yang telah ada sekarang, seperti kilang terbengkalai yang tidak mampu untuk membakar sampah.