Draf Cadangan Penambahbaikan Garis Panduan Pengurusan Perangkap Minyak Di Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Garis panduan ini merupakan satu dokumen yang memberi panduan mengenai pengurusan perangkap minyak di premis makanan. Garis panduan ini merangkumi aspek reka bentuk dan pemasangan perangkap minyak, operasi dan penyenggaraan,penyambungan perangkap minyak ke sistem pembetungan dan tangki septik, pelupusan sisa serta simpanan rekod. Sehubungan itu, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) amat mengalu-alukan maklum balas daripada pihak berkepentingan serta orang awam bagi penambahbaikan draf Garis Panduan Pengurusan Perangkap Minyak di Premis Makanan di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Terima kasih. Pegawai untuk dihubungi: Cik Raihani binti Che Mamat di talian 03-88913335 (e-mel: raihani_cm@kpkt.gov.my) dan Puan Aida Fathirah binti Mohd Faridz di talian 03-88913350 (e-mel: aida_fathirah@kpkt.gov.my).


Lampiran

  1. GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERANGKAP MINYAK DI PREMIS MAKANAN DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) BAGI TUJUAN SERANTAN AWAM

Leave a Comment

Comments

  • Guest - 2025-03-06 12:44:18
    "Majlis Perbandaran Kulai telah menguatkuasakan syarat pematuhan pemasangan dan penyelenggaraan perangkap minyak kepada permohonan baru bagi semua aktiviti perniagaan berbentuk pengendalian makanan dan minuman di premis perniagaan berdasarkan Akta Kerajaan 1976. Kegagalan kepada pematuhan syarat tersebut boleh dikompaun bawah seksyen 69 & 70(b), Akta Kerajaan Tempatan 1976."
  • Guest - 2025-03-06 13:19:02
    ""
  • Guest - 2025-03-06 13:27:29
    "LAMPIRAN 2\r\nCARTA ALIR PROSES PEMERIKSAAN PERANGKAP MINYAK BAGI TUJUAN\r\nPERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN PREMIS MAKANAN\r\n* Proses pemeriksaan hendaklah TIDAK melebihi satu (1) bulan dari tarikh\r\npenyerahan dokumen permohonan yang lengkap\r\n\r\nKetetapan bahawa pemeriksaan susulan premis makanan oleh PBT dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh dokumen lengkap diterima daripada pelesen adalah tidak bersesuaian. Hal ini kerana, proses penerimaan permohonan pembaharuan lesen dan proses pemeriksaan premis lazimnya dijalankan oleh dua jabatan yang berbeza . Justeru, tempoh ini perlu mengambil kira proses pergerakan borang permohonan berkenaan dalam jabatan dalaman PBT. Selain daripada itu, hasil keputusan pemeriksaan semula premis juga disyorkan untuk tidak dijadikan sebagai salah satu syarat ataupun halangan kepada pengeluaran sesebuah lesen pembaharuan kerana ini akan memberi kesan kepada kutipan hasil PBT. \r\n"
  • Guest - 2025-03-06 13:28:49
    "Ketetapan bahawa pemeriksaan susulan premis makanan oleh PBT dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh dokumen lengkap diterima daripada pelesen adalah tidak bersesuaian. Hal ini kerana, proses penerimaan permohonan pembaharuan lesen dan proses pemeriksaan premis lazimnya dijalankan oleh dua jabatan yang berbeza . Justeru, tempoh ini perlu mengambil kira proses pergerakan borang permohonan berkenaan dalam jabatan dalaman PBT. Selain daripada itu, hasil keputusan pemeriksaan semula premis juga disyorkan untuk tidak dijadikan sebagai salah satu syarat ataupun halangan kepada pengeluaran sesebuah lesen pembaharuan kerana ini akan memberi kesan kepada kutipan hasil PBT"
  • Guest - 2025-03-12 12:56:41
    "Majlis Daerah Rembau berpandangan, ketetapan bahawa pemeriksaan susulan premis makanan oleh PBT dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh dokumen lengkap diterima daripada pelesen adalah bersesuaian, walaubagaimanapun ianya bergantung pada saiz sesebuah PBT. Selain daripada itu, hasil keputusan pemeriksaan semula premis juga disyorkan untuk tidak dijadikan sebagai salah satu syarat ataupun halangan kepada pengeluaran sesebuah lesen pembaharuan kerana ini akan memberi kesan kepada kutipan hasil PBT. Garis panduan dibangun untuk dilaksanakan, namun jika sesebuah pembangunan garis panduan boleh menjejaskan pendapatan hasil PBT, ianya perlu diteliti dengan mendalam."
  • Guest - 2025-03-12 12:57:05
    "Majlis Daerah Rembau berpandangan, ketetapan bahawa pemeriksaan susulan premis makanan oleh PBT dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh dokumen lengkap diterima daripada pelesen adalah bersesuaian, walaubagaimanapun ianya bergantung pada saiz sesebuah PBT. Selain daripada itu, hasil keputusan pemeriksaan semula premis juga disyorkan untuk tidak dijadikan sebagai salah satu syarat ataupun halangan kepada pengeluaran sesebuah lesen pembaharuan kerana ini akan memberi kesan kepada kutipan hasil PBT. Garis panduan dibangun untuk dilaksanakan, namun jika sesebuah pembangunan garis panduan boleh menjejaskan pendapatan hasil PBT, ianya perlu diteliti dengan mendalam."